6 Langkah : Cara Selamat Dan Menguntungkan Melabur Kripto Di Luno

Sebelum memulakan pelaburan dalam kripto, adalah penting untuk mendapatkan pengetahuan yang mencukupi tentang kripto, teknologi blockchain, dan pasaran kripto secara keseluruhan. Pelajari pelbagai jenis kripto, risiko, turun naik pasaran, serta strategi pelaburan yang sesuai.

Ringkasnya, ilmu tentang kripto sangat penting sebelum melaburkan sebahagian wang anda. Walaupun begitu, saya akan kongsikan cara selamat dan menguntungkan melabur kripto di Luno.com.

Teknik yang saya akan kongsikan adalah dollar-cost averaging (DCA).

Dollar-cost Averaging (DCA) merujuk kepada satu strategi pelaburan di mana seseorang pelabur akan melaburkan jumlah wang yang sama secara berkala dalam satu jenis aset kewangan, contohnya saham atau kripto, tanpa mengambil kira harga semasa aset tersebut.

Dengan cara ini, pelabur akan membeli lebih banyak unit aset apabila harganya rendah, dan kurang unit apabila harganya tinggi.

Tujuan utama DCA adalah untuk mengurangkan risiko dari ketidakstabilan harga semasa, serta memanfaatkan keuntungan jangka masa panjang. Ini memberikan peluang kepada pelabur untuk membeli aset pada pelbagai harga semasa, dengan mengurangkan risiko kerugian besar akibat turun naik harga secara tiba-tiba.

6 Langkah DCA Di Luno.

Belian ulangan luno. Dollar-cost averaging.

Langkah 1: Ketik Beli.

Langkah 2 : Pilih kripto yang ingin dibeli, contoh beli AVAX (Avalance).

Langkah 3 : Ketik belian ulangan.

Langkah 4 : Masukkan amaun, contoh RM5. Boleh masukkan berapa pun, bergantung bajet wang pelaburan anda.

Langkah 5 : Pilih frekuensi harian, hari permulaan (hari ini).

Langkah 6 : Ketik sahkan.

Jika ada pertanyaan, boleh tinggalkan di ruang komen. Atau ketik pautan Whatsapp di bucu kanan.

Kongsi jika bermanfaat:

Leave a Reply

× Boleh saya bantu?