Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga, dan kenalan rapat arwah Abam Bocey, yang disahkan meninggal dunia semasa tidur awal pagi ini.
Ini adalah gambar pertama, dan terakhir bersama arwah Abam Bocey semasa kami bertemu di Putrajaya.
Semasa bertentang mata, boleh saya katakan arwah Abam adalah seorang yang sangat ceria, dan sopan tutur katanya.
Selain ahli keluarga Abam, berita sedih ini turut memberi kejutan kepada rakan rapat, dan rakan seperjuangan Abam. Yang membuat pengumuman di Instagram masing-masing.
Takziah sekali lagi diucapkan.
Seorang lagi penghibur sudah kembali kepada penciptanya.
Pemergian Abam Bocey, mengingatkan saya kepada dua orang lagi pelawak terkenal yang telah meninggalkan kita semua.
Iaitu, Din Beramboi, dan juga Yus Jambu. Kebaikan, dan lawak mereka akan menjadi ingatan kita semua. Semoga segala kebaikan yang mereka berikan, meletakkan mereka di Syurga yang tertinggi.
Lawak Din Beramboi yang paling dingati.
Yus dan Tauke Jambu.