Aircond Midea 1.0 Hp Non-Inverter Baguskah?

Pendingin hawa yang kami sekeluarga gunakan hampir 10 tahun di rumah, telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Selepas dibuat pemeriksaan, didapati compressor sudah rosak. Bukan jenama Midea.

Pakar pemasang aircond yang memeriksa memberitahu kami, jika mahu menukar compressor sahaja, perlu mambayar sekitar RM700 termasuk upah pasang.

Itu adalah harga untuk compressor terpakai berkuasa 1.5 Hp. Tambah duit sekitar RM300, dapat sebiji aircond Midea 1.0 Hp yang kami gunakan sekarang.

aircond-york-1.5hp
Penghawa dingin York 1.5 hp.

Ini dia, penyaman udara jenama York yang rosak pemampatnya. Sudah sepuluh tahun berjasa kepada kami.

Penyaman Udara Midea 1.0 Hp

Penyaman udara Midea yang kami pasang adalah jenis non-inverter. Tetapi diberikan penarafan tiga bintang.

Sebelum membuat keputusan memasang penyaman udara ini, kami diberikan empat pilihan jenama penyaman udara. Harganya juga berbeza mengikut jenama. Saya kongsikan di bawah.

Harga adalah termasuk pemasangan standard, ia mungkin berbeza mengikut kedudukan rumah anda.

Harga unit Aircond non-inverter berserta pemasangan unit termasuk, paip tembaga dan wayar sebanyak 6 kaki:

1.0 Hp R32

  • Daikin 3 Star RM 1,330.00
  • Acson 3 Star RM 1,260.00
  • Panasonic 3 Star RM 1,300.00
  • Midea 3 Star RM 1,070.00

* Tambahan paip tembaga dan wayar RM15/kaki.

penyaman udara midea 1hp
Penyaman udara Midea di dalam rumah.

Ini dia penyaman udara jenama Midea 1 Hp yang baharu sahaja di pasang di rumah kami.

compressor midea 1hp
Pemampat penyaman udara Midea 1.0 Hp di luar rumah.

Ini pula pemampat penyaman udara di luar rumah.

remote control aird midea
Alat kawalan jauh penyaman udara Midea.

Bukan main besar alat kawalan jauh penyaman udara Midea, lebih besar daripada alat kawalan jauh Astro di rumah. Mungkin banyak rungutan daripada orang ramai, yang sering kehilangan alat kawalan jauh mereka sebelum ini.

Tip Penjagaan Dan Penggunaan Penyaman Udara Di Rumah

Semasa memilih jenama apa yang sesuai dengan bajet kami, pakar penyaman udara sendiri tidak kisah kami memilih jenama yang mana. Bagi mereka, semua penyaman udara sama sahaja.

Artikel berkaitan:  Pengalaman Menggunakan Penyaman Udara Jenama Midea 1.0 hp

Yang membezakan adalah cara penjagaan, dan penggunaan di rumah.

Seperti kami, kerap menggunakan penyaman udara. Perlu membersihkan penapis di dalam rumah lebih kerap. Ini boleh dilakukan sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Bagi pembersihan keseluruhan berkala, kami sarankan dibuat setiap enam, ke 12 bulan sekali. Pembersihan menyeluruh ini, akan membuang segala kotoran habuk yang ada pada penyaman udara di dalam dan luar rumah.

Cara penggunaan penyaman udara yang baik pula, disarankan menetapkan suhu antara 22-24 °C. Ianya lebih menjimatkan tenaga elektrik, dan penyaman udara tidak berkerja terlalu kuat.

Baguskah Penyaman Udara Jenama Midea?

Jika ditanya sekarang, bagus atau tidak aircond jenama Midea? Saya tiada jawapan, kerana baharu sahaja menggunakannya.

Mungkin, jika ditanya selepas setahun atau lebih, baharu saya boleh berikan jawapan.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada masalah sepanjang kami menggunakannya. Sejuk seperti sebelumnya.

Anda ada pengalaman menggunakan penyaman udara Midea? Boleh tinggalkan komen di bawah.

Saya ada berkongsi, cara beli Bitcoin boleh baca di sini.

Tip jimat duit, dapatkan di sini.

Kongsi jika bermanfaat:

Leave a Reply to Pengalaman Menggunakan Penyaman Udara Jenama Midea 1.0 hp | Cancel reply

× Boleh saya bantu?