Anugerah Juara Lagu : Top 3 Juara Lagu 2020

Tahun ini, genap 34 tahun penganjuran Anugerah Juara Lagu oleh syarikat penyiaran swasta pertama negara TV3.

Sebagai pendengar, dan peminat seni hiburan tempatan, saya ada pilihan juara tersendiri. Ini adalah pilihan, dan pandangan peribadi saya.

Diharap pembaca tidak marah, dan tersinggung dengan pilihan lagu saya, kerana tidak memilih lagu, dan penyanyi kegemaran anda.

Tahun ini, terdapat 12 lagu yang akan dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu 2020. Antaranya adalah, Sumpah (Naim Daniel), Ku Bersuara (Ernie Zakri), dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli). Senarai penuh 12 lagu anda boleh baca di sini Info Penuh Anugerah Juara Lagu ke 34.

Baiklah, ini dia Top 3 Anugerah Juara Lagu ke-34 pilihan saya.

  • Kisah Cinta KitaHafiz Suip
  • DramaDrama Band
  • RampasAkim & The Majistret

Lagu pilihan juara pula, saya pilih lagu Kisah Cinta Kita, nyanyian Hafiz Suip.

Sumber : YouTube

Anda tidak bersetuju dengan pilihan saya? Tidak mengapa, kerana anda juga boleh memilih juara Lagu pilihan sendiri. Caranya muat turun aplikasi SETEL ini. Kemudian, pilih juara Lagu pilihan peminat mengikut kesukaan anda.

Selain dapat melihat lagu, dan penyanyi pilihan anda menjadi juara pilihan peminat. Anda juga berpeluang memenangi kredit petrol SETEL yang bernilai RM1000 untuk 100 orang yang bertuah!

Saksikan Anugerah Juara Lagu ke-34, tahun 2020 pada, hari Ahad (9/2/2020), 9 malam, di TV3. 
Kongsi jika bermanfaat:

Leave a Reply

× Boleh saya bantu?