Sudah mula menyimpan emas? Jika belum, masih belum terlambat. Anda boleh bermula daripada sekarang.
Hari ini, saya akan berkongsi, cara menyimpan emas, dengan bahan yang boleh dikitar semula.
Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah, besi, aluminium, botol kaca, kotak, kertas, barangan elektronik, dan botol plastik.
Bahan-bahan kitar semula, boleh diperolehi di sekitar tempat tinggal, atau pun tempat kerja.
Sediakan tempat pengumpulan bahan kitar semula, mengikut kategori bahan bagi memudahkan kerja.
Selepas mengumpul bahan kitar semula secukupnya, boleh ke pusat kitar semula berhampiran anda. Jual bahan kitar semula kepada mereka.
Jika tinggal di sekitar Putrajaya, anda boleh ke Pusat Kitar Semula di Presint 9 kendalian Alam Flora ini.
Pusat Kitar Semula Komuniti Putrajaya
Jalan P9b, Presint 9, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
03-8890 1767
https://maps.google.com/?cid=11416967009905885047
Duit yang diperolehi, kita gunakan untuk membeli emas!
Cara membeli emas, sila ikut pautan ini, Simpan Emas Serendah RM 1 Dengan Hellogold.
Tin Aluminium Kitar Semula.



Sila tinggalkan komen di bawah, jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.
Kongsikan jika bermanfaat.
Leave a Reply