Cermin kereta pecah, atau retak? Semak dahulu, sama ada insuran yang anda bayar, termasuk sekali untuk tuntutan cermin pecah, dan retak.
Jika tiada, sediakan yang tunai secukupnya, tak kurang RM600 bergantung kepada jenis kereta.
Tak rugi, buat bayaran tambahan untuk lindungi cermin kereta, sesungguhnya malang tidak berbau.
Bayaran yang dikenakan juga tidak terlalu mahal, untuk kereta Myvi saya hanya dikenakan RM81 setahun.
Di sini, saya kongsikan cara membuat tuntutan, atau klaim insurans cermin kereta pecah, atau retak.
Mula-mula sekali, hubungi syarikat insurans, tanyakan di mana lokasi kedai atau bengkel panel insurans yang berhampiran dengan rumah anda.
Kemudian, boleh ke kedai atau bengkel tersebut untuk buat tuntutan dan temujanji. Jika mereka boleh buat serta-merta itu lebih baik. Jimat masa kita.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan Cermin Kereta Pecah.
- Salinan Mykad pemilik kereta.
- Salinan lesen pemandu pemilik kereta, atau pemandu kereta.
- Salinan geran kereta.
- Salinan invois dan sijil insurans.
Sediakan semua dokumen tuntutan, serahkan kepada bengkel kereta. Itu sahaja.
Selebihnya, pihak bengkel kereta akan uruskan.
Kita tak perlu keluarkan satu sen duit pun.
Selamat berjaya!
Leave a Reply