Cara “Claim” Insurans Cermin Kereta Retak Atau Pecah : Kurnia Insurans

Cermin kereta pecah, atau retak? Semak dahulu, sama ada insuran yang anda bayar, termasuk sekali untuk tuntutan cermin pecah, dan retak.

Jika tiada, sediakan yang tunai secukupnya, tak kurang RM600 bergantung kepada jenis kereta.

Tak rugi, buat bayaran tambahan untuk lindungi cermin kereta, sesungguhnya malang tidak berbau.

Bayaran yang dikenakan juga tidak terlalu mahal, untuk kereta Myvi saya hanya dikenakan RM81 setahun.

Di sini, saya kongsikan cara membuat tuntutan, atau klaim insurans cermin kereta pecah, atau retak.

Mula-mula sekali, hubungi syarikat insurans, tanyakan di mana lokasi kedai atau bengkel panel insurans yang berhampiran dengan rumah anda.

Kemudian, boleh ke kedai atau bengkel tersebut untuk buat tuntutan dan temujanji. Jika mereka boleh buat serta-merta itu lebih baik. Jimat masa kita.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan Cermin Kereta Pecah.

  1. Salinan Mykad pemilik kereta.
  2. Salinan lesen pemandu pemilik kereta, atau pemandu kereta.
  3. Salinan geran kereta.
  4. Salinan invois dan sijil insurans.

Sediakan semua dokumen tuntutan, serahkan kepada bengkel kereta. Itu sahaja.

Selebihnya, pihak bengkel kereta akan uruskan.

Kita tak perlu keluarkan satu sen duit pun.

Selamat berjaya!

Kongsi jika bermanfaat:

7 Comments

Sim December 9, 2019 Reply

Buat cermin kat mana yea?

TheHelmi February 5, 2020 Reply

Sungai Manggis, Banting.

Fiza Husain February 16, 2020 Reply

Kalau nak tukar cermin di toyota service centre macamana proses?

lennex koh March 5, 2020 Reply

Pakar Cermin Kereta Wind Auto Windscreen Sdn Bhd

Semua syarikat insurans diterima.
Harga murah dan professional.
Percuma Tint film Berjenama

untuk maklumat lanjut sila layari

blog
https://www.cerminkereta.my
Website Rasmi
https://www.autoglass.com.my
facebook
https://www.facebook.com/CerminKeretaWindscreenz

Zuraimah May 10, 2020 Reply

Area kuala Kangsar ada tak?? Claim harus dituntut dalam jangkamasa bila??

hajar shahid February 8, 2021 Reply

Kalau tiada geran boleh ke?

Leave a Reply to lennex koh Cancel reply

× Boleh saya bantu?