Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, keadaan menjadi huru hara di seluruh negara.
Pertama, rakyat mula membuat pembelian panik. Sesuatu yang tidak perlu dilakukan, kerana kedai runcit, pasaraya, dan farmasi yang menjual keperluan harian tidak akan di tutup sepanjang perintah kawalan pergerakan.
Kedua, pelajar, dan orang ramai mula pulang ke kampung halaman tanpa sebab. Sedangkan, perintah kawalan pergerakan ini, menghadkan orang ramai supaya kekal di mana mereka berada sekarang. Bagi mengurangkan penyebaran virus covid-19 keluar ke kawasan yang belum dicemari.
Ketiga, orang ramai berkumpul di terminal bas, dan balai polis, kononnya mahu pulang ke kampung halaman. Di sini, perintah kawalan pergerakan telah gagal, kerana ribuan orang kini terdedah kepada virus covid-19 tanpa mereka sedari.
Bangun rakyat Malaysia. Jangan jadikan Malaysia, Itali yang kedua.
Duduk di rumah, dan ikut arahan pihak berkuasa!
Leave a Reply