Covid-19 #3 – Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini, hari pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Jumlah pesakit yang dijangkiti covid-19 juga telah bertambah sebanyak 117 orang, menjadi jumlah keseluruhan yang dijangkiti di Malaysia adalah 790 kes.

Walaupun arahan PKP telah diberikan pada Isnin, masih ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut.

Orang ramai tetap juga memenuhkan kedai-kedai makan, dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Para peniaga pula, tetap membuka perniagaan mereka kepada orang ramai.

[COVID-19]Jenis tak faham bahasa atau memang jenis pentingkan diri sendiri. Arahan dah dikeluarkan tapi masih berdegil. “ATAU MESEJ TAK SAMPAI SEPENUHNYA KEPADA MEREKA” ?Lokasi: Pasar Pagi, Teluk Bunut.Pesanan: Elakkan komen racist!

Dikirim oleh My Kuala Langat pada Selasa, 17 Maret 2020

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa sektor penting yang masih dibenarkan beroperasi seperti biasa, bagi memudahkan urusan orang ramai dalam tempoh PKP.

Sektor dikecualikan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kedegilan, dan kebodohan sebahagian rakyat Malaysia, menyebabkan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin terpaksa merayu kepada orang ramai, untuk kekal duduk di rumah sepanjang PKP ini. Bagi mencegah penyebaran wabak covid-19.

Perutusan Khas COVID-19 oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Siaran Langsung Perutusan Khas COVID-19 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin Yassin

Dikirim oleh RTM – Radio Televisyen Malaysia pada Rabu, 18 Maret 2020
Perutusan Khas Covid-19 oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Allah terima doa kita semua, dan terhapus terus wabak covid-19.

Kongsi jika bermanfaat:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *