Setakat jam lima petang, hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebanyak 212 pertambahan kes positif covid-19 dilaporkan, menjadi jumlah keseluruhan kepada 1518 kes, dan jumlah kematian juga bertambah kepada 14 orang di seluruh Malaysia.
Cara Pengeluaran KWSP i-Lestari.
Hari ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan program i-Lestari, di mana pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan akaun dua sebanyak RM500 sebulan, untuk 12 bulan bermula dari bulan May 2020.
Kaedah Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari.
Perlu mendaftar dengan tiga cara:
- Emel, dan,
- Pos bermula pada 1 April 2020.
- Atas talian bermula pada 1 May 2020.
Ahli KWSP, akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing, bermula pada May 2020.
Ahli KWSP digalakkan mendaftar menggunakan cara atas talian, kerana lebih cepat, dan tepat. Hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk diproses.
Permohonan secara emel, dan pos mungkin akan mengambil masa yang lama, kerana perlu membuat pengesahan secara manual, dan terperinci. Bagi melindungi keselamatan akaun ahli KWSP.
Ahli KWSP juga disarankan, melakukan salah satu cara pendaftaran tanpa perlu hadir, ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh PKP.
Ahli KWSP juga dinasihatkan, tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan. Dan hanya berurusan terus dengan KWSP sahaja.
Sebarang pertanyaan, DM twitter KWSP.
Sepanjang PKP, Ahli EPF amat digalakkan, melakukan urusniaga atas talian.