Fungsi Lanyard, Dan Pouch ID Untuk Budak Umur Tujuh Tahun

Selamat menempuh alam persekolahan kepada anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Ada anak-anak yang gembira pertama kali ke sekolah, dan ada juga yang meragam kerana takut.

Kami sendiri mempunyai dua orang anak yang pertama kali melangkah ke pra-sekolah, dan tahun satu. Perkara biasa, jika anak buat hal mula-mula ke sekolah.

Selepas beberapa hari, mereka mula membiasakan diri dengan keadaan sekolah, kawan-kawan, dan guru, mereka pasti baik.

Kegunaan Lanyard Dan Pouch ID

Kami jadikan lanyard dan pouch ID sebagai tempat menyimpan duit anak perempuan kami.

Pakaikan sahaja, di dalam tudung untuk anak perempuan. Bagi anak lelaki, boleh masukkan lanyard dan pouch ID ke dalam baju kemeja sekolah mereka.

Bagi kami ia memudahkan mereka, tanpa perlu membawa dompet, atau beg duit yang biasanya bersaiz besar.

Menggunakan lanyard lebih praktikal, dan menjimatkan ruang.

Selain itu, dapat mengurangkan risiko hilang, atau “dicuri”.

Harganya juga tidak terlalu mahal, boleh cari di kedai alat tulis, Mr DIY, atau Eco.

Bagaimana pula cara anda? Mungkin boleh berkongsi dengan kami dan pembaca lain?

Kongsi jika bermanfaat:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *