Kereta berbunyi apabila melalui jalan tidak rata ada banyak sebab. Boleh baca tulisan blog kereta, atau automotif lain.
Penyakit kereta ini subjektif, contohnya Myvi saya. Setiap kali melalui jalan tidak rata, ada mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan di bahagian hadapan.
Bunyinya menyakitkan telinga, kadang-kadang bunyi kuk-kuk, kadang-kadang ketak-ketak. Itu berlaku sebelum tukar top mounting atau absorber mounting, dan lower arm.
Lepas tukar, hilang bunyi-bunyi aneh. Tetapi, masih mengeluarkan sedikit bunyi apabila melalui jalan tidak rata, namun tidak berterusan dan kuat seperti sebelum ini.
Selepas membuat bacaan, dan tanya kawan-kawan, bunyi kali ini mungkin disebabkan getah spring hadapan, bahasa lainnya front coil spring rubber yang sudah lusuh atau haus.
Alat ganti kereta front coil spring rubber boleh beli di Shopee, nasihat saya buat sedikit kajian dahulu sebelum beli. Takut tersalah beli.
Nantikan sambungan seterusnya, cerita kereta berbunyi yang masih belum selesai.
Bagaimana pula kisah kereta anda?