Negara kita Malaysia, kini menjadi pilihan rakyat Jepun untuk dijadikan rumah kedua mereka. Kebanyakkan mereka adalah golongan berduit, atau pun pesara, yang mahu mengekalkan gaya hidup mewah tetapi dengan harga lebih murah, berbanding di negara asal mereka.
Selain itu, mereka juga gemarkan cuaca di negara kita, yang sentiasa panas dan lembab.
Bagi golongan muda Jepun pula, bagi yang baru mahu mulakan hidup, dan tidak mewah. Mereka mempunyai syarat gaji minimum, jika mahu mendapatkan visa untuk tinggal dan berkerja di Malaysia.
Mereka perlu mendapatkan pekerjaan, yang boleh membayar mereka minimum RM5,000 setiap bulan. Walaupun itu adalah syarat minimum, secara purata mereka menerima gaji antara RM5000 sehingga RM10000.
Jika dilihat, gaji minimum mereka jauh lebih tinggi daripada majoriti, rakyat Malaysia sendiri. Pekerjaan apakah yang mereka lakukan, sehingga menerima gaji sebanyak itu? Sehinggakan mereka boleh menyewa kondominium mewah, adakah rakyat tempatan tidak mampu mengambil alih kerja-kerja mereka?
Di sini, kami kongsikan bagaimana lelaki Jepun ini, boleh menyimpan RM3000 setiap bulan, dengan gaji RM7500 sebulan di Malaysia.
Gaji RM7500/bulan.
Anggaran cukai pendapatan perlu dibayar adalah RM500/bulan.
Seperti di negara lain, tempat tinggal atau rumah merupakan perbelanjaan yang paling tinggi perlu dibayar setiap bulan. Dengan pendapatan bersih RM7000, mereka menyewa bilik di kediaman selesa dengan bayaran RM500 sehingga RM1000 sebulan.
Namun ada juga yang menyewa kediaman studio atau kondominium, dengan bayaran sewa bulanan antara RM1500 sehingga RM2000. Kediaman seperti ini pula menyediakan kemudahan seperti gimnasium, dan kolam renang, jadi mereka tidak perlu keluarkan duit untuk keahlian gimnasium.
Kedua, perbelanjaan untuk makanan dan minuman. Bagi rakyat Jepun yang tinggal bersendirian, mereka lebih selesa makan di luar. Dengan perbelanjaan harian untuk makanan adalah sebanyak RM50, bersamaan RM1500 sebulan.
Seterusnya, bil utiliti seperti bil elektrik, air, dan telekomunikasi.
Secara purata, jika kerap menggunakan hanya sebuah penghawa dingin di rumah, mereka hanya membayar RM120 setiap bulan. Manakala bil air bersih pula RM10 sebulan. Untuk bil telekomunikasi pula, mereka membayar RM130 setiap bulan, sangat murah berbanding di negara asal mereka.
Orang Jepun pentingkan penampilan, supaya lebih berkeyakinan. Setiap bulan, mereka sanggup menghabiskan antara RM50 sehingga RM150 untuk dandanan rambut.
Tidak seperti rakyat tempatan, yang kerap menggunakan motosikal dan kereta, rakyat Jepun di Malaysia lebih suka menggunakan kenderaan awam, teksi atau pun Grab. Cukup murah untuk mereka, tanpa perlu memikirkan kos untuk menyelenggara kenderaan, atau pun membuat bayaran bulanan kepada bank.
Dengan menggunakan teksi setiap kali ke tempat kerja, mereka hanya perlu membayar RM100 setiap bulan.
Jumlah keseluruhan yang mereka belanjakan untuk menyara kehidupan seharian di Malaysia adalah menghampiri RM4000 sebulan. Ada baki lagi, RM3000 yang mereka boleh jadikan sebagai simpanan.
Setahun bersamaan RM36,000. Banyak bukan?
Simpanan mereka, lebih banyak daripada pendapatan bulanan majoriti rakyat Malaysia sendiri.
Anda boleh tonton sendiri, “rahsia” yang dibongkarkan oleh rakyat Jepun yang menetap dan berkerja di Malaysia dengan menonton video di bawah.
Kami cemburu, bagaimana orang asing boleh hidup selesa dan mewah di negara kita sendiri. Sedangkan, majoriti daripada kita hidup sekadar cukup-cukup sahaja?
Kesimpulannya, untuk menyimpan RM3000 sebulan, anda perlu mempunyai mendapatan minimum RM7500 sebulan.
Tulisan ini bukan mahu memburukkan sesiapa, cuma mahu menunjukkan bahawa, pendapatan rakyat Malaysia sangat tidak seimbang, dengan perbelajaan setiap bulan.
Apa pula pandangan anda? Tinggalkan di ruangan komen di bawah.