Posted in: Isu semasa

Nama Penyakit Novel Virus 2019-nCoV Kini Dikenali Sebagai Covid-19

Coronavirus atau lebih dikenali sebagai 2019-nCoV dari Wuhan, China sudah mendapat nama baharu daripada WHO.

Penyakit 2019-nCoV kini dikenali sebagai COVID-19. Nama ini diambil daripada perkataan “corona“, “virus“, “disease“, dan 2019 pula tahun di mana penyakit ini mula dikesan di Wuhan, China.

Nama rasmi ini berdasarkan garis panduan WHO yang bermula pada tahun 2015, nama penyakit tidak boleh dikaitkan dengan kedudukan geografi, jenis binatang, atau kumpulan manusia.

Sebelum 2015, kebanyakan nama penyakit baharu adalah berdasarkan lokasi pertama penyakit itu dikesan. Akibat daripada ini, wujud pandangan negatif kepada tempat itu.

Contohnya, bila disebut ebola, pasti terlintas di fikiran sejenis penyakit berbahaya yang sudah membunuh puluhan ribu orang.

Sedangkan Ebola itu adalah nama sebatang sungai di negara Congo.


Sama seperti yang pernah berlaku di negara kita pada tahun 1998, apabila penyakit selesema babi di namakan sebagai Nipah. Nama ini diambil daripada sebuah nama kampung di Port Dickson, iaitu Kampung Sungai Nipah.

Jika tiada garis panduan ini, nama penyakit 2019-nCoV ini mungkin akan diambil sempena nama Wuhan. Contohnya Wuhan Disease 2019.

Bagi langkah berjaga-jaga, orang ramai perlu sentiasa bersihkan tangan dengan air, sabun, dan sanitizer beralkohol. Selain itu, perlu menutup hidung dan mulut, dan segera berjumpa dengan doktor jika mempunyai gejala.

Panduan kebersihan daripada WHO.

Jaga solat, jaga kebersihan, InsyaAllah umat Islam akan terhindar daripada penyakit yang menakutkan ini.

Sebagai umat Islam, kebersihan perlu sentiasa terjaga, kerana Islam menitikberatkan kebersihan sepanjang masa. Contohnya, umat Islam akan membersihkan diri lebih daripada 10 kali setiap hari sebelum, dan selepas melakukan sesuatu perkara.

Empat perkara yang dilakukan setiap hari untuk membersihkan diri:

  • 5 kali – solat wajib.
  • 2 kali – mandi.
  • 5 kali – ke tandas membuang air.
  • 6 kali – sebelum, dan makan.
Artikel berkaitan:  Perbualan Dengan Penipu - Pengumpul Syiling Dan Duit Lama

Ikut kirakan kasar, umat Islam yang menjaga kebersihan, akan membasuh tangan sebanyak 18 kali setiap hari, iaitu sebelum solat, semasa mandi, selepas ke tandas, dan sebelum dan selepas makan.

Semoga kita umat Islam, terhindar daripada sebarang penyakit yang membunuh seperti Covid-19.

Kongsi jika bermanfaat:

Comment (1) on "Nama Penyakit Novel Virus 2019-nCoV Kini Dikenali Sebagai Covid-19"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *