PENGALAMAN AMBIL VAKSIN SINOVAC COVID-19 DI PPV MAHSA, BANDAR SAUJANA PUTRA.

VAKSIN DARIPADA SINOVAC

Alhamdulillah, saya dan isteri sudah selesai mengambil vaksin sinovac covid-19 pada 23 Julai 2021 lalu di PPV Universiti Mahsa, Bandar Saujana Putra, Jenjarom.

Kami sampai di sana pada jam 9 pagi, ramai yang sudah sampai sedang menunggu giliran. Tempat letak kereta berhampiran dewan lokasi pengambilan vaksin, bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 sahaja.

Pastikan anda datang pada tarikh temujanji yang diberikan, jika tidak, perlu memaklumkan kepada pegawai bertugas.

Jika anda sedang menunggu keputusan ujian swab, atau anda adalah kontak rapat pesakit covid-19, tidak perlu datang ke PPV, walaupun sudah menerima tarikh suntikan vaksin.

Jujur kepada petugas, kerana tarikh menerima vaksin boleh ditukar pada waktu lain.

Sementara menunggu masuk ke dalam dewan, kami diberikan borang persetujuan suntikan vaksin covid-19. Diingatkan, jangan isi apa-apa pada borang, tunggu sehingga diberikan arahan seterusnya oleh pegawai bertugas.

Semasa mengisi borang, baru kami diberitahu vaksin jenis apa yang akan terima. Iaitu daripada Sinovac.

Selepas mengisi borang pada ruang yang berkenaan, tinggalkan ruangan tandatangan, kerana perlu diisi di hadapan doktor bertugas.

PINTU MASUK THE BALLROOM, PPV UNIVERSITI MAHSA, BANDAR SAUJANA PUTRA.

KESAN SAMPINGAN VAKSIN SINOVAC

Sebelum kami diberikan vaksin Sinovac, perlu jumpa doktor bertugas terlebih dahulu. Di situ, kami perlu tandatangan pada borang persetujuan suntikan vaksin covid-19.

Semasa berjumpa doktor, akan diberitahu kesan sampingan selepas pengambilan vaksin sinovac.

Antara kesan sampingan yang diberitahu oleh doktor adalah, anda mungkin akan mengalami demam, rasa pitam, dan lenguh badan.

Jika ada rasa kesan sampingan yang dikatakan, perlu berehat di rumah, dan jika perlu makan ubat tahan sakit seperti PANADOL.

Artikel berkaitan:  Covid-19 #3 - Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Jika kesan sampingan berlarutan, dan semakin teruk. Perlu mendapat rawatan lanjut, di klinik, atau hospital berhampiran.

Selain itu, doktor juga menasihatkan supaya tidak memakan durian, yang mungkin boleh menyebabkan badan panas.

SUASANA DI DALAM THE BALLROOM, PPV MAHSA.

TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC

Selepas menunggu hampir satu jam, akhirnya saya menerima suntikan dos pertama vaksin sinovac! Lebih tepat adalah pada jam 9.54 pagi.

Walaupun menunggu hampir satu jam, tidak terasa lama kerana dewan tempat menunggu dalam keadaan teratur dan selesa.

TERIMA TARIKH TEMUJANJI DOS KEDUA.

Selepas terima suntikan, kami ke kaunter seterusnya. Di situ, kami diberikan tarikh untuk menerima suntikan dos kedua.

Kemudian, kami diminta duduk di ruangan rehat sebelum meninggalkan dewan. Mereka memberikan kami masa 10 hingga 15 minit, sebelum dibenarkan keluar.

WAJIB BERGAMBAR DI SINI, SEBAGAI KENANGAN. SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC.

CARA MENDAPATKAN TARIKH TEMUJANJI SUNTIKAN VAKSIN

Jika anda masih menunggu tarikh temujanji suntikan vaksin, di sini saya berikan cara cepat untuk dapatkan tarikh temujanji.

Cara ini berkesan untuk kami, jika diizinkan juga berkesan untuk anda. Layari laman ini www.vaksincovid.gov.my

Klik DAFTAR SEKARANG, dan lengkapkan borang pendaftaran. Dalam seminggu, insyaAllah anda akan jawapan. Cubalah!

Anda akan menerima SMS, jika permohonan berjaya. Semak aplikasi MySejahtera, dan bersetuju dengan tarikh temujanji.

Jika mahu dapat tarikh sama dengan pasangan, saya sarankan hanya seorang sahaja membuat pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera, dengan cara add vaccine dependent, atau tambah tanggungan vaksinasi.

PENUTUP

Ambillah vaksin covid-19, dan jangan takut. Vaksin adalah selamat, dan harus diambil menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Artikel berkaitan:  Covid-19 #2 - Huru Hara Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Dikuatkuasakan

Semoga dengan usaha kita mengambil vaksin ini, Allah akan mengangkat virus covid-19 dari muka bumi. Supaya kita boleh hidup seperti sediakala.

Kongsi jika bermanfaat:

Leave a Reply

× Boleh saya bantu?