Pengalaman Menggunakan Penyaman Udara Jenama Midea 1.0 hp

Pengalaman pertama menggunakan penyaman udara jenama Midea 1.0 hp sangat memuaskan hati saya dan keluarga. Tiada sebarang masalah, sepanjang menggunakan penyaman udara jenama ini.

Penggunaan elektrik juga sedikit berkurangan, berbanding menggunakan penyaman udara 1.5 hp sebelum ini.

Jika sebelum ini, secara purata bil elektrik rumah sekitar RM160-RM180. Selepas menggunakan Midea 1.0 hp, bil elektrik adalah dalam lingkungan RM130 sahaja.

Penggunaan elektrik agak tinggi kerana kami kerap menggunakan penyaman udara setiap hari, antara 15 hingga 18 jam setiap hari.

Cara Jimat Elektrik Menggunakan Penyaman Udara Midea 1.0 Hp

Cara saya jimat elektrik menggunakan penyaman udara, saya ada kongsikan di sini semasa mula-mula memasang penyaman udara Midea. Boleh baca di sana.

Secara ringkas, saya menggunakan suhu sejuk antara 22-24 °C setiap hari. Jika kerap menggunakan penyaman udara, perlu servis setiap 6 bulan. Bergantung kepada penggunaan anda.

Penyaman Udara Midea 1.0 Hp Kurang Cekap Selepas Beberapa Bulan

Selepas menggunakan penyaman udara beberapa ketika, anda akan mula menyedari penyejuk akan kurang cekap. Jika selepas diservis, cukup menetapkan suhu 24 °C, selepas tiga bulan mungkin anda perlu turunkan suhu kepada 22 °C untuk dapatkan kesejukan yang dimahukan.

Begitu juga seterusnya, selepas enam bulan, anda perlu menurunkan suhu kepada 18-20 °C untuk dapatkan rasa sejuk yang dimahukan.

Jika ini berlaku, pasti penapis pada pemampat di luar rumah, dan juga kipas pada penyaman udara sudah sangat berhabuk. Dan perlu diservis dengan segera.

Jangan tunggu lama, segera hubungi pakar penyaman udara untuk membersihkan pemampat, dan penyaman udara anda.

Jika tidak, mungkin kejadian lebih buruk berlaku. Upah pembersihan penyaman udara juga tidak terlalu mahal, hanya sekitar RM1xx.xx sahaja. Berbanding jika perlu menggantikan penyaman udara yang rosak, pastinya lebih mahal

Artikel berkaitan:  Servis Myvi : Lower Arm Kiri, Minyak Gear, Minyak Power Steering, dan Alignment.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika anda mahu menggunakan penyaman udara di rumah, pastikan gunakan dengan cara betul, dan lakukan pembersihan tepat pada masanya.

Jadilah pengguna bijak.

Promosi penyaman udara hanya di Shopee

Kongsi jika bermanfaat:

Leave a Reply

× Boleh saya bantu?