Perbualan Dengan Penipu – Pengumpul Syiling Dan Duit Lama

Sharing is caring

Sifat manusia, sukakan kesenangan di dunia. Jika kita kenal Islam, pasti kita akan memilih kesenangan di dunia, dan di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Demi mencari kesenangan di dunia, ada diantara kita yang mencari jalan singkat dengan cara menipu. Mangsanya pula, adalah dikalangan orang-orang yang memiliki sifat tamak, dan suka mencari jalan singkat untuk menjadi kaya.

Tiada jalan singkat untuk mendapat kesenangan, melainkan dengan kerja keras, tanpa ada sikap putus asa, atau mudah berpuas hati.

Kami kongsikan, perbualan kami dengan seseorang yang memperkenalkan diri sebagai pengumpul matawang, dan syiling lama Malaysia.

Kami sudah tahu modus operandi mereka. Jadi, kami sengaja melayan mereka, untuk kami kongsikan dengan pembaca.

Bagaimana pula dengan keluarga dan rakan-rakan kita di luar sana?

Diharap, para pembaca dapat faham cara mereka menipu. Dan, sebarkan kepada semua orang supaya tidak mudah ditipu.

Pokoknya, jauhkan sifat tamak!

Benarlah kata pepatah.

Orang tamak selalu rugi.

Nota kaki: Untuk makluman pembaca, nama dan nombor akaun yang kami beri adalah palsu.🤦

Sharing is caring

Author: TheHelmi

Lelaki Melayu Islam. Suka membaca maklumat berkaitan Sejarah, Alam Melayu, dan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *