Hari ini, poket “koyak” lepas servis Myvi kesayangan. Adat bila pakai kereta, kena hantar servis, dan tukar apa yang patut apabila tiba masanya.
Kalau tidak, boleh berjangkit sakitnya nanti.
Jumlah duit hangus hari ini, RM280 sahaja. Sebelum ini sudah tukar Mounting Absorber, atau Top Mounting sepasang, RM140 siap upah pasang. Tetapi masih mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan.
Bila diperiksa, lower arm kiri sudah koyak rupanya.
Alang-alang tukar lower arm, tukar sekali minyak gear, minyak power steering, dan buat alignment. Jimat bayar upah pekerja di situ.



Bengkel kereta yang biasa saya kunjungi adalah di Kg Bukit Changgang, nama kedai, Jam Tyre.
Bagaimana pula pengalaman anda servis kereta?
Leave a Reply