Servis Myvi : Lower Arm Kiri, Minyak Gear, Minyak Power Steering, dan Alignment.

Hari ini, poket “koyak” lepas servis Myvi kesayangan. Adat bila pakai kereta, kena hantar servis, dan tukar apa yang patut apabila tiba masanya.

Kalau tidak, boleh berjangkit sakitnya nanti.

Jumlah duit hangus hari ini, RM280 sahaja. Sebelum ini sudah tukar Mounting Absorber, atau Top Mounting sepasang, RM140 siap upah pasang. Tetapi masih mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan.

Bila diperiksa, lower arm kiri sudah koyak rupanya.

Alang-alang tukar lower arm, tukar sekali minyak gear, minyak power steering, dan buat alignment. Jimat bayar upah pekerja di situ.

Lower arm kiri yang rosak.
Pekerja sedang menukar lower arm.
Pekerja sedang tukar minyak power steering, dan minyak gear automatik.

Bengkel kereta yang biasa saya kunjungi adalah di Kg Bukit Changgang, nama kedai, Jam Tyre.

Bagaimana pula pengalaman anda servis kereta?

Kongsi jika bermanfaat:

3 Comments

Sani April 26, 2019 Reply

Alza aku pun dah ada bunyi bila lalu jalan yg tak rata. Itu hari absorber dah tukar depan belakang, suspek mungkin lower arm kena tukar satu set jugak.

TheHelmi April 28, 2019 Reply

Banyak sebab kalau bunyi tu, saya tukar top mounting kanan kiri, dan lower arm kanan kiri, bunyi dah hilang. Ada bunyi sikit-sikit, mungkin kena tukar lapik getah spring lepas ni.

Leave a Reply to Myvi Berbunyi Bila Langgar Jalan Tak Rata | thehelmi.com Cancel reply

× Boleh saya bantu?