TEMPAT MAKAN SEDAP DI BUKIT CHANGGANG, BANTING

Mencari tempat makan yang sedap, bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi, jika kita bukan penduduk setempat.

Kami sendiri, pernah mengalaminya ketika berada di luar kawasan. Disebabkan tidak mengetahui tempat makan yang sedap di lokasi kami menginap, akhirnya kami membeli makanan di restoran makan segera.

Di Bukit Changgang, dan sekitarnya terdapat banyak restoran ala-Thai, dan makanan laut.

Kami tidak mahu membuang masa anda memilih tempat makan sedap di Bukit Changgang.

Kami mencadangkan, anda makan sahaja di restoran ASALI THE STAR SEAFOOD, Bukit Changgang, Banting.

Pengalaman kami makan di sini sangat memuaskan. Jika anda penggemar makanan laut, saya yakin anda berpuas hati dengan saiz udang, dan sotong mereka. Saiz hidangan mereka juga banyak, sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Khidmat mereka juga sangat pantas walaupun ramai pelanggan, makanan yang kami minta sampai kurang 15 minit.

Selain itu, terdapat juga menu satay ayam, dan daging di gerai bersebelahan. Jika anda penggemar satay, saya cadangkan anda menempah satay daging mereka. Rasanya sangat sedap, makan bersama kuah kacang mereka yang secukup rasa.

Anda tidak perlu risaukan tempat meletak kereta, kerana kawasan letak mereka sangat luas.

Restoran Asali The Star Seafood di buka bermula jam 6 petang, sehingga jam 2 pagi.

Jika anda berada di sekitar Tadom Hill (Bukit Tadom), Olak Lempit, Labohan Dagang, Bukit Changgang, Banting, Dengkil, KLIA, dan Putrajaya boleh singgah makan di sini. Jarak masa lokasi anda dengan restoran ini sekitar 15 hingga 25 minit sahaja.

Boleh menggunakan aplikasi Google Maps untuk sampai ke sini.

Anda boleh menghubungi mereka ke talian ini, 03-31491710.

Sebelum kami terlupa, tempat makan mereka juga disediakan WIFI percuma.

Jika anda sampai ke restoran ini melalui perkongsian kami, sila tinggalkan pesanan anda di ruangan komen di bawah.

Mungkin, selepas ini kami akan membuat perkongsian tempat makan sedap sekitar Banting di tempat lain pula?