Bayaran Fi Hilang Mykad Kali Pertama, Kedua, Dan Ketiga

Apa yang perlu dilakukan jika kehilangan kad pengenalan (Mykad)?

Pertama sekali, perlu bertenang. Cari dahulu kad pengenalan, mungkin tersalah letak.

Jika usaha mencari telah dilakukan, Mykad gagal ditemui. Perlu buat Mykad dengan segera.

Kehilangan kali pertama tidak perlu buat laporan polis, melainkan kes jenayah seperti diragut dan seumpamanya.

Hilang melebihi dua kali, atau lebih. Wajib buat laporan Polis, di mana-mana Balai Polis sebelum datang ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Selain itu, sediakan wang secukupnya untuk membayar denda.

Rujuk rajah di bawah, jadual bayaran fi hilang Mykad.

Bayaran Fi Hilang Mykad.

Jagalah Mykad, seperti menjaga diri kita sendiri.

Boleh juga rujuk pautan ini, jpn.gov.my untuk maklumat yang lebih jelas, siapa yang dikenakan fi, dan boleh dikecualikan fi.

AMARAN : Jangan buat laporan Polis palsu, padah jika anda didapati bersalah membuat laporan Polis palsu.

Maklumat lanjut, sila hubungi nombor Unit Komunikasi Korporat (UKK) JPN di talian 03-88807077.