Unifi #5 – Tiga Tip Memilih Pakej Internet Berkelajuan Tinggi

SAYA NAK INTERNET PALING LAJU!

Nanti dulu bro…!

Sebelum melanggan pakej internet berkelajuan tinggi, semak dahulu beberapa perkara penting ini agar tidak membazir wang anda.

1. Jumlah Pengguna.

Sila kenal pasti berapa pengguna internet di rumah anda, sebelum melanggan pakej internet fiber.

Cadangan :
1 – 2 orang (30-100Mbps)
3 – 4 orang (100Mbps ke atas)
5 ke atas (300Mbps ke atas)

2. Keperluan.

Cuba fikir sejenak, untuk apa anda perlu internet laju di rumah? Sekiranya hanya untuk kegunaan email, media sosial, dan whatsApp, anda tidak memerlukan kelajuan yang tinggi.

Tetapi, sekiranya anda menggunakan internet untuk menonton TV internet, dan stream video, kelajuan internet fiber yang tinggi sangat berguna.

3. Kemampuan Peranti.

Ini tip penting yang sering kita salah faham. Ada sesetengah pendapat, sekiranya melanggan pakej 800Mbps, peranti anda seperti laptop, dan telefon pintar akan mencapai kelajuaan 800Mbps juga.

Kenyataannya, kebanyakkan peranti yang menggunakan WiFi, hanya mampu menerima kelajuan maksimum 300Mbps sahaja.

Jadi, tidak pelik sekiranya anda melanggan pakej 800Mbps, tetapi hanya mendapat kelajuan 300Mbps sahaja.

Diharap anda dapat pertimbangkan dahulu, tiga tip memilih pakej internet ini, sebelum memilih pakej internet fiber yang sesuai di rumah anda.

Sebelum itu, semak dahulu liputan Unifi Fiber di tempat tinggal anda. Jika, mendapat liputan Unifi Fiber, langgan pakej internet yang sesuai dengan bajet, dan keperluan anda.

Kongsi jika bermanfaat:

Comments

One response to “Unifi #5 – Tiga Tip Memilih Pakej Internet Berkelajuan Tinggi”

  1. […] Sebelum membuat keputusan memilih pakej internet TM Unifi Fiber mana yang sesuai, baca ini dahulu. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *