Video Bisu Pendek Dari Malaysia Ini Menang Anugerah Di Perancis

Dunia animasi di Malaysia semakin berkembang saban tahun. Selepas kejayaan animasi Upin dan Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, dan Umar dan Hana.

Kini sebuah lagi animasi dari Malaysia telah berjaya memenangi anugerah di sebuah festival filem di negara Perancis. Animasi pendek yang bertajuk Kring!, telah memenangi Anugerah Animasi Pendek Terbaik, di Festival Antarabangsa Du Film Sur Les Handicap 2020 ke-4 (FIFH), di Perancis.

Animasi pendek ini merupakan arahan Hilmi Ismail yang terpilih sebagai “Official Selection” bersempena anugerah tersebut.

Diterbitkan produksi Brainy Bones Studios, filem ini pernah memenangi kategori animasi pendek menerusi Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) 2018, dan kategori Malaysia Next Generation menerusi Digicon6ASIA pada September tahun lalu, selain terpilih sebagai ‘Official Selection’ di 5th Animation Marathon 2019, Athens, Greece.

Saksikan Kring!

Kongsi jika bermanfaat:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *