Wahed Investment mempunyai enam jenis portfolio. Setiap portfolio dilaburkan di saham Amerika Syarikat, saham Malaysia, Sukuk, dan emas mengikut peratusan tertentu, berdasarkan portfolio yang dipilih.
Jenis-jenis portfolio Wahed Invest :
- Sangat Konservatif
- Sederhana Konservatif
- Sederhana
- Sederhana Agresif
- Agresif
- Sangat Agresif
Setiap portfolio mempunyai risiko tersendiri, bergantung berapa banyak peratus wang anda dilaburkan, sama ada di saham Amerika, saham Malaysia, Sukuk, dan emas.
Contohnya, jika anda memilih portfolio sangat konservatif, 90% wang anda akan dilaburkan di Sukuk.
Manakala, jika anda memilih portfolio Sangat Agresif, 65% wang anda akan dilaburkan saham di Amerika Syarikat.
Kami kongsikan jenis portfolio Wahed Investment.





Pilih portfolio ikut kemampuan kewangan anda. Pelaburan, bukanlah peleburan.
Jika anda bersedia menerima untung, bersedia juga untuk menerima kerugian. Labur berapa banyak wang yang anda sanggup rugi, sebelum mahu kira berapa untung.
Anda juga mungkin akan kehilangan wang pelaburan, jika tidak kena caranya.

Anda yang mempunyai pengalaman melabur, Inilah peluang anda membuat duit.
Wahed Invest dijamin patuh syariah, dan diluluskan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Labur wang anda tanpa was-was.
Gunakan kod rujukan MOHALI55 untuk mendapatkan RM20 percuma jika anda pelabur baharu wahed invest.
Leave a Reply